Selepas mengetahui kehamilan, para ibu pasti teruja untuk melihat bayi yang terdapat di dalam kandungan. Terdapat banyak jenis scan bayi yang boleh dilakukan di klinik untuk melihat perkembangan bayi di dalam kandungan.
Persoalannya adakah selamat untuk scan bayi menggunakan imbasan ultrasound ini?. Masih ada ibu-ibu yang ragu dan takut imbasan ultrasound ini akan memberikan kesan buruk kepada ibu mengandung atau bayi. Menurut kajian dan penyelidikan selama 30 tahun, tiada kesan sampingan kepada ibu mengandung dan bayi. Alhamdulilah.
EARLY PREGNANCY SCAN
Sesuai dilakukan di antara 4 hingga 12 minggu semasa kehamilan. Scan ini bertujuan untuk mengesahkan kehamilan, tarikh jangkaan bersalin, menentukan bilangan bayi ,memastikan kandungan membesar dengan baik dan bukannya kehamilan ektopik.
2D GROWTH SCAN
Sesuai dilakukan di antara 4 hingga 40 minggu semasa kehamilan.
GENDER SCAN
Sesuai dilakukan di antara 15 hingga 40 minggu semasa kehamilan.
DETAIL SCAN
Sesuai dilakukan di antara 18 hingga 29 minggu semasa kehamilan.
Memeriksa bahagian-bahagian organ bayi dengan mendalam(jantung,tulang,otak,buah pinggang dll),air ketumbar,uri dan lain-lain.
4D SCAN
Sesuai dilakukan di antara 12 hingga 35 minggu semasa kehamilan.
5D SCAN
Sesuai dilakukan di antara 12 hingga 35 minggu semasa kehamilan.
6D SCAN
Sesuai dilakukan di antara 10 hingga 15 minggu semasa kehamilan.
NUCHAL TRANSLUCENCY SCAN (NT SCAN)
Sesuai dilakukan di antara 11 hingga 13 minggu semasa kehamilan. Nuchal Translucency Scan mengukur ketebalan cecair dibelakang leher janin dalam kandungan. NT Scan merupakan salah satu cara untuk mengesan Keabnormalan Genetik dan mengesan kebarangkalian bayi menghidapi Down Syndrome.
3 jenis Keabnormalan Genetik yang terbukti dikesan melalui NT Scan:-
- Down Syndrome
- Patau Syndrome
- Edward Syndrome
Janin/bayi yang mengalami Keabnormalan Genetik akan mempunyai cecair yang banyak dibelakang leher. Yang dianggap normal adalah kurang daripada 3mm.
PERBEZAAN JENIS SCAN BAYI 2D,3D,4D
Imbasan ultrabunyi dapat menunjukkan perkembangan janin dalam kandungan melalui gambar. Ia membantu mendiagnosis jangkitan, pembengkakan dan penyebab rasa sakit pada ibu mengandung.
Walau bagaimanapun, seiring dengan kemahuan teknologi pada masa kini, klinik kehamilan dapat menawarkan pelbagai teknik ultrasound yang berbeza.
Sementara teknik imbasan 2D memberikan gambaran bayi yang kelabu dan kabur, ultrabunyi 3D dan 4D menawarkan gambaran bayi yang lebih baik dan realistik.
2D, 3D, 4D: PILIHAN JENIS SCAN BAYI TERBAIK
Teknik imbasan 2D, menghasilkan gambar yang terdiri daripada garis besar badan dan gambar organ dalaman yang kabur.
Secara tidak langsung, ia menyebabkan kebanyakan bakal ibu dan bapa berasa tidak berpuas hati.
Seperti namanya, scan 3D memberikan gambaran 3 dimensi. Dalam 3 dimensi ultrabunyi, anda akan dapat melihat kulit, jantina dan bentuk wajah si manja dalam kandungan.
Satu-satunya perbezaan antara scan 3D dan scan 4D adalah teknik imbasan ultrabunyi 4D membolehkan ibu mengandung mengetahui waktu jangkaan bersalin.
Maka, pastinya teknik scan bayi 4D paling maju dapat memberikan parents untuk melihat bayi yang bergerak.

AKHIR KATA
Terima kasih sudi membaca tip kehamilan di BLOG KEKELUARGAAN BABYSAYA.COM. Diharap apa yang dikongsikan disini dapat memberikan serba sedikit maklumat untuk para ibu.
Ibu-ibu yang nak dapatkan keperluan baby dan barangan pantang, boleh dapatkan di Facebook Baby.Saya Shop. Shopee Baby.Saya