Panduan Cara Buka Buku Pink Di Klinik Kesihatan @ Swasta

Cara Buka Buku Pink

Panduan Cara Buka Buku Pink Di Klinik Kesihatan @ Swasta

Bila Boleh Buka Buku Pink Di Klinik Kesihatan Atau Klinik Swasta? Buku Pink atau Buku Rekod Kesihatan ibu boleh dibuka sebelum berakhirnya trimester 1(Minggu ke-6 hingga Minggu ke-12 paling sesuai untuk buka buku pink). Jika anda membuka terlalu lambat buku pink,anda akan dilabelkan sebagai “Late Booking” dan mungkin akan dimarahi oleh nurse.

Buku pink boleh dibuka sama ada di Klinik kesihatan berhampiran atau di klinik swasta. Bagi ibu hamil yang pertama kali mendaftar buku pink di Klinik Kesihatan, anda perlu melalui pemeriksaan terlebih dahulu antaranya:-

  1. Mengukur tinggi dan berat
  2. Tekanan darah
  3. Ujian air kencing
  4. Ujian darah
  5. Pemeriksaan perut
  6. Sejarah kehamilan
  7. Sejarah penyakit keluarga

Namun,sekiranya anda membuka buku pink di klinik swasta, pemeriksaanya lebih ringkas dan cepat.

  1. Ujian air kencing
  2. Tekanan darah
  3. Menimbang berat 
  4. Pemeriksaan perut

Tempah Tarikh Temujanji Untuk Buka Buku Pink

Selepas mengetahui anda hamil, anda perlu membuat temujanji dengan klinik kesihatan untuk membuat buku pink. Anda boleh menghubungi Klinik Kesihatan berhampiran atau boleh datang terus untuk berjumpa dengan jururawat bertugas untuk membuat temujanji.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Membuka Buku Pink

  1. Kad Pengenalan ibu dan bapa
  2. Gambar berukuran pasport ibu dan bapa
  3. Sijil nikah
  4. Bil air/eletrik terbaru – untuk pengesahan alamat tinggal terkini.
  5. Surat rujukan doktor atau klinik lain – Jika ada

Pemeriksaan Kesihatan

Seperti yang telah diterangkan diatas.

Bayaran Setiap Kali Pemeriksaan

Tiada bayaran dikenakan sekiranya anda buka buku pink dan tiada bayaran bagi setiap kali anda membuat pemeriksaan di Klinik Kesihatan maka kala,sekinya anda membuku buku pink di Klinik swasta, caj akan dikenakan dan setiap kali anda membuat pemeriksaan,anda mungkin di caj RM100+.

Akhir Kata Panduan Buku Pink

Buku pink harus dijaga dengan sebaiknya dan ibu disaran agar membawa buku pink ini bersama. IIni bagi membolehkan ia menjadi rujukan pihak yang merawat anda sekiranya berlaku kes kecemasan. Tahniah kami ucapkan kepada bakal ibu. Diharap panduan ini dapat membantu ibu-ibu semua.

Terima kasih sudi membaca tip kehamilan di BLOG KEKELUARGAAN BABYSAYA.COM. Diharap apa yang dikongsikan disini dapat memberikan serba sedikit maklumat untuk para ibu.

Ibu-ibu yang nak dapatkan keperluan baby dan barangan pantang, boleh dapatkan di Facebook Baby.Saya Shop. Shopee Baby.Saya

Cara Buka Buku Pink
JOM KONGSIKAN DI SOSIAL MEDIA MOMMY-MOMMY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top

Discover more from BABY SAYA.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading