Warna Dan Maksud Pelekat Di Buku Pink

Warna dan maksud pelekat buku pink

Warna Dan Maksud Pelekat Di Buku Pink

Pelekat yang terdapat di Buku Pink mempunyai warna dan maksud pelekat tersendiri dan ramai bakal ibu tidak mengetahui maksud pelekat berkenaan. Di artikel ini,kami kongsikan warna dan maksud pelekat berkenaan.

PELEKAT PUTIH
Tidak berisiko dan boleh bersalin di mana-mana hospital termasuklah hospital daerah.

PELEKAT HIJAU
Ibu hamil perlu melakukan pemeriksaan dengan doktor di KKIA dan janji temu seterusnya bersama jururawat di bawah pengawasan doktor.

Pelekat ini biasanya diberikan untuk ibu hamil yang pertama kali mengandung (primid), mempunyai berat badan berlebihan, mengalami penyakit asma, sejarah kelahiran terdahulu melalui vakum dan lain-lain.

PELEKAT KUNING
Ibu hamil yang mendapat pelekat ini memerlukan pemantauan doktor pakar obstetrik dan ginekologi (O&G).

Antara mereka yang berisiko untuk mendapat pelekat ini adalah ibu hamil dengan penyakit diabetes, darah tinggi, remaja hamil tanpa nikah dan lain-lain.

PELEKAT MERAH
Mereka yang mendapat pelekat ini adalah ibu hamil berisiko tinggi dan memerlukan rujukan segera kepada pakar di hospital besar.

Antara keadaan yang berisiko tinggi adalah ibu hamil dengan penyakit jantung dan berlaku kontraksi pramatang.

BAGAIMANA SEKIRANYA BUKU PINK HILANG?

Sekiranya buku pink ini hilang,ibu-ibu perlu membuat laporan polis terlebih dahulu dan kertas laporan tersebut perlu di bawa ke Klinik Kesihatan untuk proses gantian.

Jika anda bernasib baik, buku baharu akan diberikan. Jika tidak, segala rekod kesihatan akan dicatatkan di dalam kertas dan perlu dikumpul serta diketipkan sekali.

KEPENTINGAN BUKU PINK

Buku Pink ini sangat penting kerana ia mengandungi setiap maklumat dan rekod penting ibu hamil dan perkembangan kesihatan bayi dalam kandungan seperti berat badan, bacaan hemoglobin (HB), kandungan gula, ukuran bayi dan juga ulasan doktor pada setiap sesi janji temu.

Anda amat digalakkan untuk membawa buku ini bersama sepanjang masa bagi rujukan pihak yang merawat jika terjadinya kes kecemasan.

AKHIR KATA

Terima kasih sudi membaca tip kehamilan di BLOG KEKELUARGAAN BABYSAYA.COM. Diharap apa yang dikongsikan disini dapat memberikan serba sedikit maklumat untuk para ibu.

Ibu-ibu yang nak dapatkan keperluan baby dan barangan pantang, boleh dapatkan di Facebook Baby.Saya Shop. Shopee Baby.Saya

warna dan maksud pelekat buku pink
JOM KONGSIKAN DI SOSIAL MEDIA MOMMY-MOMMY
Super Mom adalah penulis di Blog BabySaya.Com. Berkongsi tip-tip tentang kekeluargaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top

Discover more from BABY SAYA.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading