Panduan Cara-Cara Daftar Kelahiran Bayi di Jabatan Pendaftaran Negara
Bagaimana cara nak daftar kelahiran bayi? Setiap bayi yang lahir di Malaysia hendaklah di daftarkan kelahirannya dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran.
Pemohonan pendaftaran kelahiran boleh dibuat oleh individu seperti berikut:
- Ibu atau bapa kanak-kanak itu
- Penjaga kanak-kanak itu
- Individu yang mengetahui atau menyaksikan tentang kelahiran kanak-kanak itu
- Ibu dan bapa kanak-kanak (bagi pendaftaran kelahiran anak tak sah taraf)
Pemaklum kelahiran perlu hadir ke Jabatan Pendaftaran Negera berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan. Antara dokumen yang diperlukan adalah seperti dibawah ini.
- Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 yang telah diisi dengan lengkap (asal);
- Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Pengesahan Doktor bagi kelahiran di rumah (asal);
- Laporan Polis bagi kelahiran di rumah (asal);
- Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) atau Kad Rawatan Semasa Ibu Mengandung (asal dan salinan);
- Kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan)
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum [jika pemaklum bukan ibu atau bapa kanak-kanak] (asal dan salinan);
- Sijil Kematian ibu dan bapa kanak-kanak (asal dan salinan- jika berkaitan); dan
- Dokumen Perkahwinan atau Perceraian ibubapa kanak-kanak (asal dan salinan).
- Surat akuan AM80 sekiranya tiada buku rawatan mengandung atau kad rawatan mengandung
Borang asal JPN.LM01 boleh ambil di kaunter pendaftaran Jabatan Pendaftaran Negara dan tiada bayaran dikenakan semasa proses pendaftara kelahiran bayi.
Tahniah kami ucapkan kepada ibu-ibu yang baru menimang anak baru. Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan pertanyaan di ruang komen. Insya-Allah Blog Kekeluargaan BabySaya.Com akan cuba membantu.
