Cara Mengetahui Tanda Kehamilan Dengan Mudah

Tanda Kehamilan

Cara Mengetahui Tanda Kehamilan Dengan Mudah

Bagi ibu-ibu yang pertama kali mengandung, pasti merasa teruja untuk mengetahui tanda kehamilan. Lazimnya para ibu boleh mengetahui kehamilan seawal minggu ke – 4 . Disini kami kongsikan tanda-tanda awal kehamilan untuk semakan ibu-ibu semua.

1. Lambat Datang Haid

Tanda yang paling mudah adalah lambat datang haid. Sekiranya haid tidak datang seperti yang sepatutnya,ada kemungkinan ibu-ibu mengandung. Ini kerana apabila janin telah terbenam pada dinding rahim ibu, hormon human chorionic gonadotropin (hCG) akan dirembeskan. Ia bagi mengelakkan berlakunya proses ovulasi dan haid.

2. Pendarahan Ringan

Ramai ibu-ibu seringkali tersalah anggap bahawa tompok-tompok pendarahan yang dialami pada fasa awal kehamilan itu haid. Ia sebenarnya darah yang keluar apabila janin berjaya membenamkan dirinya ke dalam dinding rahim. Pendarahan tersebut mempunyai warna yang lebih cair dan kuantiti yang sedikit.

3. Sakit Dan Kekejangan Perut

Apabila berlaku pendarahan ringan,ibu-ibu juga akan mengalami sakit dan kekejangan di bahagian perut.

4. Suhu Badan Naik Dan Kelesuan

Ibu-ibu akan merasa perubahan suhu badan dan akan merasa kelesuan berbeza dari kebiasaan.

5. Payu Dara Semakin Membesar

Perubahan pada saiz payudara merupakan salah satu cara mengetahui hamil atau tidak. Ia disebabkan oleh perubahan hormon mendadak yang ingin menyediakan diri anda untuk kelahiran bayi.

Puting (areola) anda juga akan menjadi semakin besar dan menghitam.

6. Kerap Kencing

Apabila jumlah isi padu darah di dalam badan anda meningkat, buah pinggang juga terpaksa bekerja keras bagi memastikan sistem fisiologi badan berada pada paras yang optimum.

Keadaan ini boleh menyebabkan air kencing berkumpul dengan lebih laju di dalam pundi kencing. Minum air secukupnya dan jangan menahan kencing.

7. Mabuk Hamil @ Morning Sickness

Mabuk hamil (morning sickness) kebiasaannya berlaku pada minggu ke-4 kehamilan. Badan anda masih dalam fasa menyesuaikan diri dengan peningkatan hormon.

Ini boleh menyebabkan berlakunya simptom muntah dan loya.

8. Alat Uji Kehamilan(UPT) Positif

Akhir sekali,cara paling mudah untuk mengesan kehamilan adalah menggunakan alat uji kehamilan(UPT). Alat ujian air kencing kehamilan(UPT) boleh mengesan hormon hCG yang meningkat pada awal kehamilan. Kebanyakan UPT boleh mengesan hormon hCG 8 hari selepas anda terlepas haid.

Terima kasih sudi singgah di Blog Baby Saya.

Tanda Kehamilan
JOM KONGSIKAN DI SOSIAL MEDIA MOMMY-MOMMY
Super Mom adalah penulis di Blog BabySaya.Com. Berkongsi tip-tip tentang kekeluargaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top

Discover more from BABY SAYA.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading