Kenapa Ibu Hamil Selalu Sakit Perut?

kenapa ibu hamil sakit perut

Kenapa Ibu Hamil Selalu Sakit Perut?

Antara simpton ibu hamil yang kerap berlaku di awal kehamilan adalah Sakit Perut. Kenapa boleh berlaku sakit perut?, kadang ada rasa loya-loya dan hampir termuntah. Disini kami kongsikan sebab kenapa ibu hamil selalu sakit perut.

1. Berlaku perubahan size rahim akibat pertambahan berat bayi

Sebab pertama adalah berlakunya perubahan saiz rahim. Saiz rahim berubah di sebabkan pertambahan berat bayi dalam kandung. Perubahan berat ini akan menyebabkan ibu hamil sakit perut.

2. Masalah sembelit atau gas yang terperangkap dalam perut dan Usus

Semasa hamil,tahap progesteron anda akan meningkat dan ini akan menyebabkan perjalanan makanan melalui saluran penghadaman lebih perlahan dan akan menyebabkan sembelit. Untuk mengatasi masalah ini, ibu hamil perlu minum air dengan kerap,makan makanan yang kaya dengan serat atau dengan bersenam.

3. Tekanan Akibat Peningkatan Berat Badan

4. Ligamen Tertarik Akibat Perubahan Posisi Rahim

Sakit ligamen pusingan datang daripada abdomen bahagian bawah (atau pada bahagian dalam rahim) ke pangkal peha. Kesakitan ini adalah lebih kepada ketidakselesaan yang anda alami apabila anda menukar posisi secara mengejut. 

Sakit ini biasanya anda akan alami semasa trimester kedua tetapi akan beransur pulih dengan sendirinya. Rasa sakit ligamen pusingan adalah ringkas, tajam dan menusuk. 

Jika anda mengalami ketidakselesaan yang melampau, lebih baik anda dapatkan nasihat daripada pakai obsterik-ginekologi untuk diagnosis dan rawatan.

5. Kontraksi Braxton Hicks

Secara amnya, kontraksi Braxton Hicks adalah tidak berbahaya tetapi ia sering disalah anggap dengan kontraksi sebenar yang terjadi apabila anda semakin dekat dengan tempoh kelahiran (atau kelahiran pramatang).

Kontraksi sebenarnya menyebabkan ibu hamil tidak dapat berbuat apa-apa melainkan meminta bantu dan kontraksi Braxton Hicks pula ibu hamil masih boleh meneruskan aktiviti biasa.

kenapa ibu hamil sakit perut

Itulah antara sebab-sebab mengapa ibu hamil selalu sakit perut. Namun sekiranya sakit perut berterusan dan menganggu aktiviti seharian, kami sarankan agar ibu -ibu segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Terima kasih sudi membaca tip kehamilan di BLOG KEKELUARGAAN BABYSAYA.COM. Diharap apa yang dikongsikan disini dapat memberikan serba sedikit maklumat untuk para ibu.

Ibu-ibu yang nak dapatkan keperluan baby dan barangan pantang, boleh dapatkan di Facebook Baby.Saya Shop. Shopee Baby.Saya

JOM KONGSIKAN DI SOSIAL MEDIA MOMMY-MOMMY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top

Discover more from BABY SAYA.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading